Kelas Microsoft Office Power Point
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2018, telah diadakan satu Kelas Microsoft Office Power Point yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Power point dalam menghasilkan sebuah slide pembentangan. Kelas Microsoft Office Power Point ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan telah berakhir pada jam 5.00 petang. Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan cara untuk menghasilkan slide yang kreatif dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah bentuk, menukarkan warna pada bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan menyusun bentuk dalam menghasilkan slide tersebut.
Selesai penerangan, mereka mula membuat silde dengan mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka dapat menghasilkan slide pembentangan dengan kemas dan mereka dapat meningkatkan kefahaman berkaitan Microsoft Office Power point serta meningkatkan kemahiran menaip dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: